fbpx

Suami ada wanita lain, ‘ejek’ isteri gemuk, pelacur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita berasa tertekan, murung dan sedih apabila rumah tangga dibina kira-kira 10 tahun goyah setelah mengetahui suaminya menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

Bukan itu sahaja, suaminya sering mengeluarkan kata-kata menyakitkan hati terhadapnya seperti gemuk macam ‘tong drum’ dan pelacur.

Itu kisah diceritakan peguam syarie, Suriati Ghani berhubung seorang wanita dianiaya mental oleh suaminya sehingga menyebabkan dia murung dan sedih kerana memendam rasa.

“Rumah tangga goyang disebabkan pihak ketiga. Pihak ketiga itu pun baru bercerai dan meneruskan hubungan dengan suami wanita ini.

“Dalam tempoh iddah pun keluar bersama suami orang,” katanya pada hantaran Facebook.

Suriati berkata, hubungan tersebut sudah lama diketahui oleh wanita itu sehingga menjadikan dia tertekan.

Katanya, wanita tersebut kelihatan lega selepas menceritakan satu persatu dan beliau menunjukkan jalan terhadap kes tersebut.

“Tapi disebabkan wanita yang berjumpa dengan saya itu tinggal di Selangor, saya cadangkan dia menuntut cerai persetujuan bersama dan diteruskan dengan proses hakam jika suami tidak setuju cerai.

“Jika dalam tempoh perkahwinan, puan-puan mengalami tekanan perasaan disebabkan sikap suami, ia boleh dijadikan sebagai alasan untuk menuntut fasakh dengan syarat perbuatan dan keadaan tersebut berterusan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI