fbpx

Majlis Fatwa kena bersidang isu ajaran sesat di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris bercakap pada sidang akhbar selepas Program Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) Sesi 2022 di Hotel Dorsett, Putrajaya di sini, hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bersidang terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan boleh diambil berhubung dakwaan ajaran sesat Hadi Minallah di Kota Tinggi, Johor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, sidang itu perlu dilaksanakan memandangkan dakwaan ajaran sesat di negeri tersebut merupakan perkara baharu.

“Kalau ada tempat diketahui ada ajaran sesat, kalau perkara itu betul berlaku perlu hubungi segera Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.

“Cuma katanya ajaran sesat Hadi Minallah ini perkara baharu, kena ada fatwa dahulu, Majlis Fatwa Kebangsaan kena bersidang lepas itu buat keputusan kemudian baru boleh bertindak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pelatih Akademi Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia 2022 di sini hari ini.

Kelmarin, media melaporkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengesahkan terdapat cubaan untuk menyebar ajaran sesat Hadi Minallah di Kota Tinggi, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Idris turut mengesahkan tiada markas operasi didalangi kumpulan berkenaan yang dikesan di Setapak, Kuala Lumpur.

Pada 4 Ogos lalu, tular video berdurasi 7 minit 30 saat memaparkan seorang lelaki mendakwa sebagai pengasas ajaran itu, Wayang Hadi Kesumo atau Hadi Minallah Aminnullah Ahmad berasal dari Indonesia.

Dia mengaku tiada agama dan menyebarkan fahaman makrifat sesat, Nur Muhammad serta pluralisme agama yang dakwanya tuhan tidak melihat kepada agama selain turut menolak hadis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI