fbpx

Penduduk Scotland dapat tuala wanita percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Scotland mahu menjadikan produk seperti tampon dan tuala wanita boleh diakses oleh orang ramai. – Getty

EDINBURGH – Scotland menjadi negeri pertama di dunia menyediakan akses produk haid secara percuma dan kepada semua, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Pihak berkuasa tempatan dan pendidik diberi mandat untuk memastikan produk-produk haid tersedia secara percuma kepada sesiapa yang memerlukannya, kata kerajaan Scotland dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Keputusan itu diambil susulan kelulusan rang undang-undang (RUU), Akta Produk Haid (Peruntukan Percuma) (Scotland) pada 2020 yang mengukuhkan usaha kerajaan Scotland untuk menjadikan produk seperti tampon dan tuala wanita boleh diakses oleh orang ramai.

Pada November 2020, parlimen Scotland sebulat suara mengundi untuk menyokong RUU berdasarkan Peraturan Produk Haid di Sekolah (Scotland) yang mengikat majlis dan sekolah untuk menyediakan produk haid percuma kepada pelajar.

“Menyediakan akses produk haid secara percuma menjadi asas kepada kesamaan dan maruah selain menghapuskan halangan kewangan untuk mengaksesnya.

“Ini lebih penting berbanding sebelum ini ketika orang ramai membuat pilihan sukar disebabkan krisis kos sara hidup dan kita tidak mahu sesiapa berada dalam kedudukan di mana mereka tidak boleh mengakses produk haid,” kata Setiausaha Keadilan Sosial, Shona Robison, dipetik sebagai berkata oleh akhbar tempatan The Press and Journal. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI