fbpx

PDRM nafi bekas anggotanya ditahan kes dadah di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (kanan) yang didakwa bekas warga PDRM ditahan dalam kes dadah oleh berita TVOne, Indonesia.

KUALA LUMPUR- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan seorang bekas anggotanya ditahan Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia baru-baru ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, pihaknya mengesan sebaran klip video yang diambil dari berita TVOne (Indonesia) berhubung penahanan seorang lelaki warganegara Malaysia.

“Lelaki terbabit telah ditahan BNN Indonesia dalam kes makmal memproses syabu di Sukajadi, Batam, Indonesia.

“Dalam laporan berita tersebut, lelaki terbabit didakwa merupakan bekas warga PDRM,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, semakan PDRM mendapati, suspek yang ditahan tidak pernah berkhidmat sebagai pegawai polis, sukarelawan polis atau polis bantuan.

“Bagaimanapun, semakan rekod mendapati, suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan ugutan kekerasan dan menyamar sebagai polis.

“PDRM sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia berhubung kes ini dan bersedia menyalurkan maklumat yang diperlukan dalam usaha membanteras jenayah narkotik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI