fbpx

Nooh Gadut dilantik Pengerusi Jawatankuasa MKI baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin (tengah) bersama Nooh ( kanan) dan Wan Zahidi selepas majlis berkenaan.

SHAH ALAM – Bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang baharu.

Pelantikan beliau berkuatkuasa 30 Jun lalu sehingga 29 Jun 2024 diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang merupakan Pengerusi MKI.

Nooh menggantikan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang kini menjawat Mufti Perak.

Majlis penyerahan watikah pelantikan dan serah terima tugas itu berlangsung di Istana Bukit Kayangan, dekat sini.

Tujuan utama MKI adalah mengendalikan pentadbiran agama Islam dari peringkat pusat untuk menyelaraskan segala tugas dengan Majlis Agama Islam setiap negeri.

Bagi melaksanakan tujuan itu, MKI bertanggungjawab membincang, menimbang dan menguruskan apa-apa perkara yang dirujuk kepada Majlis oleh Majlis Raja-Raja.

Selain itu, memberi nasihat kepada Majlis Raja-Raja, Kerajaan Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI