fbpx

Mahkamah: Permohonan Najib masuk bukti baharu bersambung esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib (tengah) hadir bagi mendengar rayuan akhir kesnya membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

PUTRAJAYA –  Permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memasukkan bukti baharu antaranya berkaitan hakim bicara kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. akan bersambung esok.

Ia selepas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mewakili panel lima hakim membenarkan permohonan peguam bela Hisyam Teh Poh Teik untuk penangguhan.

Terdahulu, pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Kanan adhoc, Datuk V. Sithambaram baru selesai membuat hujah balas terhadap permohonan tersebut.

Selain Hakim Tengku Maimun, panel turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Najib memohon untuk memasukkan dalam rayuan akhirnya, antaranya  keterangan viva voce (lisan) pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rosli Hussein berhubung siasatan skandal SRC International.

Keterangan itu adalah sama ada beliau (Rosli) menyedari peranan lalu dan pembabitan Mohd Nazlan sebagai Kaunsel dan Setiausaha Syarikat Kumpulan Maybank berhubung khidmat nasihat strategik yang diberikan oleh Maybank Investment Berhad dan Bina Fikir Sdn Bhd (penasihat kewangan Maybank) kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi penubuhan SRC International.

Antaranya ia berhubung perkhidmatan  nasihat strategik yang diberikan Maybank Investment Berhad dan Bina Fikir Sdn Bhd kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi penubuhan SRC pada tahun 2010/2011.

Ia juga berkaitan pinjaman RM140 juta yang diberikan oleh Maybank kepada Putra Perdana Development Berhad (anak syarikat 1MDB) pada tahun 2014 iaitu sumber RM42 juta yang menjadi perkara utama dalam pertuduhan yang dikenakan ke atas Najib.

Bukti tambahan lain ialah keterangan lisan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berhubung perananannya ketika menjadi CEO 1MDB dalam urusan dan pelantikan Maybank Investment Berhad dan Bina Fikir Sdn Bhd serta pegawainya berkaitan khidmat  nasihat strategik dalam penubuhan SRC International pada tahun 2010/2011.

Ketika ini, Mahkamah Persekutuan sedang mendengar rayuan akhir Ahli Parlimen Pekan itu
untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd akan didengar Mahkamah Persekutuan di sini selama 10 hari bermula 15 hingga 26 Ogos ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI