fbpx

Gambar UFO paling jelas di dunia didedahkan kepada umum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar itu memaparkan imej UFO berbentuk seperti berlian yang sedang terbang langit dan kelihatan seperti sebuah jet Harrier turut berada dari jarak jauh. - Perpustakaan Universiti Sheffield Hallam/Craig Lindsay

LONDON – Satu imej jelas objek terbang tidak dikenali (UFO) yang dirakam oleh dua pendaki di Scotland lebih 30 tahun lalu akhirnya ditemui semula selepas dianggap sudah hilang, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Gambar digelar Calvine Photograph itu memaparkan imej UFO berbentuk seperti berlian,  terbang di langit, manakala objek seperti sebuah jet Harrier berada  jauh di belakangnya.

Disifatkan oleh banyak pihak sebagai imej UFO terbaik, gambar itu ditemui selepas kajian bertahun-tahun yang dijalankan oleh ahli akademik dan wartawan, Dr. David Clarke.

Menurut laporan, imej tersebut beserta lima  imej lain telah dirakam pada 4 Ogos 1990 oleh dua pendaki di tepi bukit berhampiran Calvine, kira-kira 56 kilometer ke barat laut Perth di Scotland.

Menurut dua pendaki yang identiti mereka tidak didedahkan itu, objek logam sepanjang kira-kira 30 meter itu berlegar-legar dan  mengeluarkan bunyi deruman kira-kira 10 minit sebelum memecut  ke atas langit lalu hilang.

Imej itu diserahkan kepada akhbar tempatan, Daily Record yang kemudian menyerahkannya kepada Kementerian Pertahanan (MoD).

Atas  sebab-sebab yang tidak diketahui, berita mengenai penampakan UFO itu tidak pernah diterbitkan dan tiada sebarang kenyataan lanjut daripada MoD. Imej-imej tersebut pula tidak pernah dipaparkan kepada orang awam sehingga kini.

Clarke dilaporkan berjaya mendapatkan salinan gambar itu selepas menghubungi seorang pegawai media Tentera Udara Diraja Britain, Craig Lindsay yang menyimpan imej asal UFO tersebut.

Imej itu kini disimpan sebagai arkib di Universiti Sheffield Hallam.

Lindsay turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dua pendaki tersebut agar tampil ke hadapan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI