fbpx

1,610 belia muflis direkodkan dalam tempoh 6 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ti Lian Ker.

KUALA LUMPUR – Seramai 1,610 belia direkodkan mengalami muflis bagi tempoh enam bulan sehingga Jun 2022 sekali gus menunjukkan penurunan berbanding 2020 dan 2021.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, jumlah keseluruhan belia muflis adalah 10,137 orang yang mana mencatatkan sebanyak 85 peratus penurunan bagi tempoh berkenaan.

Katanya, bagi belia berusia 25 tahun ke bawah, seramai 21 orang telah mengalami muflis pada 20202 dan jumlah ini telah menurun kepada 20 orang pada 2021 manakala enam orang pada 2022.

“Trend penurunan ini juga dapat dilihat ke atas belia berusia 25 hingga 34 tahun pada 2020 di mana seramai 1,741 orang direkodkan muflis dan jumlah ini menurun kepada 1,060 pada 2021 manakala 425 orang sehingga Jun 2022.

“Situasi sama juga dilihat kepada belia berusia 35 hingga 40 tahun iaitu seramai 3,150 orang mengalami muflis pada 2020 dan jumlah ini turun kepada 2,535 orang pada 2021 manakala 1,179 sehingga Jun 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Senator Aziz Ariffin (BN-UMNO) pada sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Lian Ker berkata, berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia, isu pinjaman peribadi adalah punca utama kepada kes muflis.

“Didapati seramai 1,486 atau 47 peratus daripada 3,165 keseluruhan kes muflis adalah disebabkan oleh pinjaman peribadi.

“Selain itu, sebanyak 2,49 kes disebabkan oleh sewa beli kenderaan, 4,54 kes (pinjaman perniagaan) dan 2,84 kes (pinjaman perumahan), 140 kes (hutang kad kredit), 84 kes (penjamin korporat), 83 kes disebabkan hutang cukai pendapatan,” ujarnya.

Jelasnya, sebanyak 65 kes lagi disebabkan kegagalan membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), 113 kes disebabkan perhutangan yang lain dan tujuh kes disebabkan biasiswa pinjaman kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI