fbpx

UIAM garang ke separuh akhir ragbi SUKIPT 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKAUD ragbi UIAM berjaya menewaskan UPNM untuk mara ke separuh akhir dan dijadual bertemu UTP.

TANJONG MALIM – Pasukan ragbi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membuktikan mereka masih berbisa selepas melangkah ke separuh akhir temasya Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2022 sebentar tadi.

Skuad kendalian Muhd. Khairul Azhar Md. Noor itu dilihat bakal mempertahankan kejuaraan ragbi tujuh sebelah (7s) yang dikecapinya pada edisi 2018 sekali lagi selepas menewaskan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) 12-05 di padang istiadat, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah sebentar tadi.

“Pada pendapat saya perlawanan tadi agak seimbang kerana kedua-dua pasukan sasar untuk ke separuh akhir. Secara peribadi saya percaya akan kemampuan pemain dan mereka berjaya melakukannya.

“Tahun ini UIAM membarisan pemain muda dan dua pemain senior yang juga merupakan penampilan terakhir mereka di SUKIPT 2022 ini. Tiada pemain kebangsaan dalam pasukan ini.

“Jadi, pada perlawanan esok, kita wajib menang untuk mara ke final. Jadi, tiada lagi kesilapan mudah perlu dilakukan pemain. Insya-Allah esok kita akan menang bergaya,” katanya.

Menanti UIAM di separuh akhir nanti ialah pasukan daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang mara selepas menewaskan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 12-10.

Untuk rekod, UIAM tampil garang dalam Kumpulan A selepas membelasah Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM) 63-0 sebelum membenam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 17-0.

Selain UIAM dan UTP, turut mengesahkan slot ke separuh akhir ialah pasukan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menewaskan Universiti Teknologi Mara (UiTM) 38-05.

UPM akan membuat perhitungan bersama Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang mengesahkan kemaraan apabila menumbangkan Kolej Profesional Mara 19-14.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI