fbpx
Pasukan Shahnaz Healthcare menyasarkan jualan RM20 juta tahun ini.

Tak mudah berniaga bersama keluarga sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Berniaga bersama ahli keluarga bukan mudah, apatah lagi apabila ibu sendiri yang menjadi rakan kongsi perniagaan.

Bagi Pengasas Shahnaz Healthcare, Nazrin Shahnaz Peer Mohamed, peranan selaku anak dan rakan kongsi perlu dimainkan dengan bijak mengikut situasi yang berbeza.

“Percanggahan pendapat memang wujud dan ada kalanya terlintas di fikiran adakah syarikat ini dapat bertahan lama.

“Kadangkala hubungan kami sebagai emak dan anak, ada masanya selaku rakan kongsi pula. Yang penting kita harus sentiasa sabar dan bertindak profesional dalam setiap situasi dihadapi,” katanya.

Mengenai penglibatannya dalam program anjuran RichWorks, Nazrin menjelaskan beliau pada awalnya hadir setelah diajak rakan terdekat.

Tambahnya, sejak kecil keluarganya sering menekankan bahawa business is the way to go.

“Langkah saya bersama Richworks bermula di kelas Millionaire Marketing Mastery (MMM) pada 2019 dan dari situ, saya belajar banyak aspek baru.

“Saya mula sedar tidak boleh pergi jauh jika tiada mentor yang membimbing. Sebelum ini, saya selalu tertanya-tanya bagaimana orang lain boleh berjaya dan persoalan itu kini terjawab,” ujarnya.

Berkat usaha gigih Nazrin dan pasukannya, Shahnaz Healthcare berjaya mencapai jualan mencecah RM10.3 juta pada tahun lepas dan menyasarkan jualan RM20 juta untuk 2022.

“Kami kini turut memiliki premis di Menara Ilham, Jalan Binjai, Kuala Lumpur selain di Alor Setar, Kedah,” jelasnya.

Maklumat lanjut mengenai Shahnaz Healthcare, boleh didapati di shahnazhealthcare.com.

POPULAR