fbpx
Seorang petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19 untuk pelajar di sebuah sekolah menengah rendah di Surabaya pada 9 Jun lalu. - AFP

Jangkitan Covid-19 di Indonesia meningkat dua kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Pasukan Petugas Pengendalian Covid-19 (Satgas) meminta pemerintah dan rakyat Indonesia terus berwaspada terhadap penularan virus Covid-19 selepas kadar jangkitan meningkat hampir dua kali ganda, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia semalam.

Jurucakap Satgas, Wiku Adisasmito berkata, kadar jangkitan positif Covid-19 di Indonesia meningkat dengan ketara dalam tempoh lima minggu lalu daripada 5.12 peratus kepada 10.5 peratus.

“Jika dibandingkan dengan kemuncak penularan varian Omicron lalu, peningkatan hampir 17 peratus direkodkan dalam lima minggu. Sementara itu, pada kemuncak penularan Delta, naik sembilan peratus.

“Ini bermakna kadar jangkitan masih rendah berbanding ketika kemuncak Omicron dan Delta. Namun, kita masih perlu berhati-hati kerana kadar positif masih melebihi 10 peratus,” kata Wiku.

Menurut beliau, peningkatan kadar positif itu menunjukkan bahawa kes jangkitan Covid-19 meningkat dalam kalangan masyarakat. 

Jumlah kampung yang dipantau sejak sebulan lalu juga mula menunjukkan trend peningkatan kes walaupun tidak berlaku secara ketara.

Oleh yang demikian, Wiku memberi amaran bahawa adalah menjadi keperluan untuk merealisasikan strategi vaksinasi Covid-19 di Indonesia dengan mempercepatkan pemberian dos lengkap dan penggalak bagi mencapai tahap imuniti optimum.

“Pada masa ini, tugas kita bukan sahaja untuk memastikan kita diberi vaksin lengkap, tetapi juga kepada orang di sekeliling kita. Ini kerana matlamat utama kita adalah untuk membina imuniti kolektif, bukan individu,” katanya. – Agensi

POPULAR