fbpx

Fatin Afeefa menangis diejek leher berkerak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOOD Fatin Afeefa terganggu ketika membuat siaran langsung tutorial bersolek selepas lehernya diejek berkerak.

KASIHAN pelakon Fatin Afeefa sampai menangis dibuatnya gara-gara dikutuk netizen. Tergamak netizen kata lehernya berkerak.

Semuanya berlaku baru-baru ini ketika Fatin sedang membuat tutorial mekap secara live dalam TikTok.

Dapat dilihat dalam video yang dikongsikan seorang pengguna TikTok, Fatin seolah-olah menahan sebak sehingga terhenti seketika tutorial yang dilakukan gara-gara ‘mulut jahanam’ netizen.

Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sedih dan kasihan atas apa yang dilalui pelakon itu.

Malah, dalam ruangan komen juga ramai pengikutnya menggesa supaya netizen berhenti melakukan buli siber kerana boleh mengganggu emosi seseorang.

“Hentikan buli siber. Siapa yang mengutuk itu cuba cermin diri sendiri,” gesa seorang pengguna TikTok.

Fatin memberitahu, dia mempunyai duit untuk melakukan rawatan supaya garisan pada lehernya hilang, namun pasti akan ada yang berkata dia mengubah ciptaan Tuhan.

Dalam pada itu, ada netizen mengatakan mereka pernah bertemu dengan pelakon itu secara depan-depan dan memuji Fatin sememangnya seorang pelakon yang cantik.

Netizen pun ada masalah juga. Pantang nampak kekurangan pada orang lain, bukan main jahat lagi jari tu menaip komen yang bukan-bukan. Mana hati dan perasaan kalian semua?

DIVA: Tahniah Akim Ahmad akhirnya menimang seorang ‘hero’ kecil baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI