fbpx

4,334 kes Covid-19, 11 kematian dicatatkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 semalam menunjukkan peningkatan kepada 4,334 kes dengan enam kes import berbanding 3,943 kes kelmarin sekaligus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan virus tersebut kini mencecah 4,694,507 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, kes aktif Covid-19 di seluruh negara merekodkan negatif 758 kes dengan jumlah kumulatif kes aktif kini sebanyak 44,617 kes.

Sejumlah 5,082 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 kini seramai 4,651,805 orang.

“Selangor terus mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,830 kes diikuti Kuala Lumpur (829), Sabah (328), Perak (284), Melaka (167), Sarawak (152), Pulau Pinang (134), Negeri Sembilan (119), Putrajaya (104) dan Kedah (101).

“Turut menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 semalam adalah Johor (82), Pahang (74), Kelantan (64), Terengganu (44), Perlis (13) dan Labuan (sembilan),” demikian perkongsian data di laman web tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak 11 kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,080 dan BID 7,669.

Sebanyak 42,926 kes dikuarantin di rumah, 28 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,595 kes di hospital, 24 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 44 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI