fbpx

Penangan ganja, sektor pelancongan Thailand meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki memakai sut corak ganja berdiri berhampiran pokok ganja matang pada 10 Jun lalu di Buriram, Thailand. - Lauren DeCicca/ Getty Images

BANGKOK – Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha melaporkan bahawa kerajaan menjangkakan kira-kira 10 juta pelancong asing melawat Thailand menjelang akhir tahun ini dengan kebanyakan mereka mahu mengambil ganja, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kerajaan Thailand mengeluarkan tumbuhan ganja daripada senarai narkotik berbahaya pada 9 Jun lalu, menjadikan orang ramai bebas untuk menanam dan menjualnya.

Pengeluaran dan penggunaan ganja hanya dibenarkan untuk kegunaan perubatan, bukan untuk tujuan rekreasi. 

Kebenaran hanya diberikan kepada ganja berpotensi rendah mengandungi kurang daripada 0.2 peratus tetrahydrocannabinol daripada sebatian halusinogen.

Kerajaan Thai tidak menggalakkan penggunaan ganja secara rekreasi dan menyatakan, sesiapa yang ditangkap menghisap ganja di tempat awam boleh didakwa di bawah Akta Kesihatan Awam akibat ‘gangguan bau’ dan berdepan denda 25,000 baht (RM3,146) serta penjara tiga bulan.

Undang-undang itu bagaimanapun dilihat lebih longgar di Koh Samui.

Pemilik kelab Chi di Bang Rak Koh Samui, Carl Lamb menjual ganja gulung bersama champagne, wain Perancis dan menu yang mengandungi Cannabidiol (CBD).

Lamb memberitahu bahawa dia pada asalnya mencuba ganja secara perubatan kerana dia mempunyai masalah pencernaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI