fbpx

Wanita maut diseret treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN mangsa yang maut selepas diseret sebuah treler di atas jambatan Sungai Batang Padang di Kilometer 57, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Tapah hari ini. - FOTO/PDRM

TAPAH – Rutin seorang ibu menghantar anak ke sekolah berakhir hari ini apabila dia terbunuh dalam nahas membabitkan sebuah treler di Kilometer 57, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 7.15 pagi di atas jambatan Sungai Batang Padang itu, mangsa, Shahriza Ishak, 39, parah di kepala ekoran diseret treler sejauh 10 meter.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, nahas berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan pulang ke rumah untuk mengambil anaknya untuk dihantar ke sekolah.

Katanya, kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang wanita itu bergesel dengan treler menyebabkan mangsa jatuh di atas jalan raya.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa diseret treler berkenaan hingga menyebabkan kecederaan parah di kepala. Mangsa disahkan maut di tempat kejadian.

“Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari sekolah balik ke rumah untuk mengambil seorang lagi anaknya untuk dihantar ke sekolah,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, ujian saringan air kencing mendapati pemandu treler berusia 36 tahun terbabit positif dadah jenis methamphetamine lelaki itu telah ditahan untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI