fbpx

Ainul Mardhiah beri respons positif, mula angkat-angkat tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ainul Mardhiah tunjuk respon positif hari ini.

PETALING JAYA – Bekas kanser mulut Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah Ahmad Safiudin hari ini menunjukkan respons positif setelah ditidurkan akibat serangan sawan beberapa kali.

Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Facebook miliknya dengan memaklumkan Ainul Mardhiah sudah mula menunjukkan pergerakan tangan berulang kali.

“Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah, pejuang kecil kami dah mula angkat-angkat tangan,” tulisnya.

Terdahulu, keadaan Ainul Mardhiah dilaporkan semakin teruk sehingga pihak hospital terpaksa melakukan semula prosedur yang sama seperti hari pertama dia mengalami jangkitan kuman pada minggu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI