fbpx

Usul kewarganegaraan kanak-kanak dibahaskan petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Dewan Negara akan membahaskan usul kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia pada petang ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad selepas meneliti usul tersebut daripada Senator Datuk Seri Zurainah Musa.

“Saya telah meneliti perkara ini dan mendapati bahawa, pertama ialah perkara ini yang tertentu, kedua iaitu kepentingan orang ramai kerana melibatkan kewarganegaraan anak bagi rakyat wanita Malaysia.

“Ketiga ialah perkara ini disegerakan jadi, saya benarkan usul ini untuk dibahaskan,” katanya pada Persidangan Dewan Negara di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, sehubungan itu, pihak pencadang dibenarkan untuk berbahas selama 30 minit, begitu juga pihak kerajaan untuk menjawab selama 30 minit.

Sebelum ini media melaporkan, pada 5 Ogos lalu Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak layak untuk mendapat kewarganegaraan secara automatik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI