fbpx

Neelofa ‘serabut’ dibandingkan dengan selebriti lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA menarik perhatian ramai apabila menyerlahkan rasa tidak senang dibandingkan dengan seorang selebriti lain samasa menjayakan satu live dalam TikTok.

PETALING JAYA – Bekas pengacara popular, Neelofa mencuri perhatian apabila meluahkan rasa kurang senang terhadap komen seorang netizen dengan nama ‘Diana’ yang seakan-akan sengaja memanaskan keadaan ketika satu siaran langsung dalam  TikTok.

Menerusi video yang tular sejak semalam, pengguna TikTok itu meninggalkan komen yang berbaur ‘provokasi’ apabila membayangkan jika selebriti lain turut sama mengeluarkan produk inai sepertinya.

“Kalau Fazura keluar inai mesti lagi best,” tulis Diana di ruangan komen.

Tidak selesa apabila nama selebriti lain ‘dipetik’ , Neelofa, 33, meminta Diana disekat daripada mengikutinya.

“Tolong sekat si Diana ni, serabut betul komen dia,” kata Neelofa ringkas selepas membaca komen berkenaan. 

Menerusi sesi siaran langsung itu, Neelofa dan suami, Pu Riz berkongsi tentang produk jualan dan perancangan untuk melancarkan produk kecantikan pada masa akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI