fbpx

Keputusan STPM 2021 boleh disemak 18 Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2021 akan dikeluarkan pada 18 Ogos ini.

MPM menerusi satu kenyataan berkata, calon-calon sekolah yang telah menduduki peperiksaan tersebut boleh mendapatkan slip keputusan STPM di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari pada hari tersebut.

“Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan STPM 2021 masing-masing menerusi perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS).

“Calon boleh menaip STPM<jarak>No.KP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 11 pagi pada 18 Ogos 2022 sehingga jam 12 tengah hari 28 Ogos 2022,” ujar kenyataan itu hari ini.

Jelas MPM, calon-calon juga boleh membuat semakan secara online untuk mendapatkan slip keputusan penuh STPM 2021 di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK bermula pukul 12 tengah hari pada 18 Ogos. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI