fbpx

Individu berpakaian mencolok mata boleh dikenakan tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Model berpakaian menjolok mata pada Kedah Fashion Week 2022 di Alor Setar, baru-baru ini.

ALOR SETAR – Individu yang berpakaian mencolok mata pada Minggu Fesyen Kedah (KFW22) minggu lalu boleh dikenakan tindakan kerana berpakaian dan berperwatakan seperti wanita.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, perbincangan dengan agensi berkaitan akan dibuat berhubung tindakan yang boleh diambil.

“Dalam hal ini, beberapa perkara perlu disemak. Daripada sudut undang-undang, tindakan boleh diambil terhadap individu terbabit kerana berperwatakan seperti wanita.

“Namun kita akan bincangkan perkara tersebut termasuk bersama Menteri Besar apabila beliau pulang daripada tugas rasmi ke negeri ini nanti agar perkara sebegini tidak berulang pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, beliau difahamkan individu itu datang dari Sungai Petani bersama rakan-rakannya ke pusat beli-belah tersebut.

“Selepas gambarnya tular, saya dimaklumkan yang dia telah pun memadam gambar-gambar berkaitan di laman media sosialnya,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, penganjur program telah mendapatkan permit daripada Pejabat Daerah Kota Setar dan menyatakan kesediaan untuk mematuhi peraturan ditetapkan.

“Program itu turut dipantau oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan hasil pemantauan mendapati fesyen diperagakan tidak terlalu melampau atau mencolok mata.

“Tetapi seperti yang saya nyatakan semalam, kerajaan negeri sememangnya berhasrat untuk mengkaji bagi memperkemaskan peraturan-peraturan kecil berkaitan hiburan dan pertunjukan agar segalanya lebih jelas selepas ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI