fbpx

SUKIPT 2022 terima tajaan RM200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Pekan (kiri) menyaksikan gimik penyerahan tajaan rakan sukan SUKIPT 2022 di Putrajaya di sini, hari ini. FOTO : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Penganjuran Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2022 yang dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 21 Ogos ini mendapat perhatian syarikat korporat apabila menerima tajaan keseluruhan bernilai RM200,000.

Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Dr. Pekan Ramli berkata, tajaan itu diterima daripada Proton Holdings Bhd, UPSI Holdings Sdn. Bhd (UHSB) dan Fexie Wear.

“Ia membabitkan penajaan 10 buah kereta Proton untuk kegunaan sepanjang temasya, 3,550 helai baju untuk pegawai dan sukarelawan serta 24,000 botol air mineral.

“Sokongan penaja ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kos perbelanjaan SUKIPT 2022 kali ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Tajaan Rakan Sukan SUKIPT 2022 di sini tadi.

Majlis penyerahan tajaan disempurnakan Timbalan Ketua Setiusaha (Dasar) KPT, Datuk Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian.

Katanya, menerusi sokongan penajaan itu, pihaknya berharap lebih banyak syarikat tampil menaja sekali gus membantu meningkatkan prestasi atlet di peringkat institusi pengajian tinggi tempatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI