fbpx

Suami dibenar minum susu isteri, tidak haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Azhar.

PETALING JAYA – Seorang suami dibenarkan meminum susu isterinya dan perbuatan itu tidak haram di sini agama.

Ini kerana menurut penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, seorang suami adalah ‘tuan’ punya susu berkenaan dan dia tidak perlu meminta izin jika hendak minum susu berkenaan.

Katanya, isteri hanyalah pemilik kantunh susu (payudara), manakala susu yang ada didalamnya adalah milik suami.

Bagaimanapun katanya, jika seorang isteri itu hendak menyusukan bayi milik orang lain, wanita itu perlu meminta izin suami terlebih dahulu.

“Ini kerana susu milik suami, perlu minta izin kerana isteri hanya pemilik kantung susu (payudara) sahaja,”ujar beliau.

Menurut Azhar, wanita yang belum berkahwin pula tidak mempunyai susu serta tidak mempunyai ‘tuan’

“Wanita (anak dara) perlu kahwin terlebih dahulu baru ada susu dan ada tuannya iaitu suami.

“Jadi jika ‘tuan’ punya susu (suami) hendak minum susu itu boleh tiada masalah dan bergantung kepadanya sama ada hendak minum dengan cara macam mana sekali pun,”jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI