fbpx

Plastik boleh kitar semula jadi bahan buat laptop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOMPUTER riba terbaharu ini dilengkapi dengan platform untuk melindungi data sulit

DALAM usaha membantu mengurangkan kesan jejak karbon, pengeluar komputer riba terkemuka Acer memperkenalkan variasi komersial peranti siri Vero yang menyokong kelestarian alam sekitar.

TravelMate Vero merupakan komputer riba dihasilkan dengan ciri-ciri yang dapat membantu mengurangkan kesan jejak karbon.

Peranti ini menampilkan 30 peratus plastik post consumer recycled (PCR) yang boleh dikitar semula.

Walaupun dihasilkan dengan bahan tersebut, ia juga tidak mengurangkan aspek ketahanan dan direka mengikut piawaian MIL-STD-810G untuk menyokong penggunaan yang tinggi dan hentaman akibat terjatuh.

Selain itu, komputer riba ini juga dikuasakan oleh Intel Core i5 dan Intel Xe yang mempunyai prestasi untuk menyokong penggunaan bagi kerja di pejabat dan kerja harian.

Peranti ini dilengkapi dengan RAM 8GB dan storan PCELe NVMe SSD 1TB untuk kelajuan memuatkan fail dengan pantas.

Dalam pada itu, komputer riba ini juga mementingkan aspek keselamatan data dan dilengkapi dengan platform Trusted Platform Module (TPM) yang mempunyai kemampuan melindungi data sulit.

Peranti ini juga hadir dengan Acer ProShield Plus, iaitu satu solusi keselamatan semua dalam satu sebagai tambahan kepada langkah pengesahan biometrik.

Berukuran 15.6 inci dan seberat 1.8 kilogram, komputer riba ini dijana dengan operasi sistem Windows 11 Pro.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN