fbpx
RAMAI lepasan SPM memilih untuk mencari wang mudah dengan menjadi penghantar makanan selepas tamat tingkatan lima. – GAMBAR HIASAN

Graduan kongsi pengalaman dapat gaji rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Situasi gra­duan diberikan gaji rendah dan tidak setaraf dengan kelayakan bukanlah perkara baharu, malah isu berkenaan telah berlaku sejak sekian lama.

Tinjauan Kosmo! di media sosial semalam mendapati, ramai graduan yang sudah mula beker­ja berkongsi kekecewaan apabila mereka hanya menerima gaji permulaan serendah RM2,000 sebulan sedangkan memiliki ija­zah sarjana muda dari universiti awam.

Menurut pengguna Instagram, Zafriuddin, dia yang bekerja di sebuah syarikat elektronik me­nerima gaji yang jauh lebih rendah berbanding rakan sekerjanya walaupun tahap pendidikannya lebih tinggi.

“Saya setuju apabila ramai pelajar tak nak sambung belajar, sebab belajar tinggi akhirnya dapat gaji lebih rendah, macam tak berbaloi.

Berita berkaitan: Hanya mampu bayar gaji RM600 hingga RM1,200 sebulan

“Rakan sekerja saya yang sama-sama berjaya dalam sesi temu duga syarikat elektronik ditawarkan gaji RM2,500 sebulan kerana memiliki dua tahun pengalaman kerja, tetapi dia hanya lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sedangkan saya pemegang ijazah sarjana muda,” kongsinya.

Sementara itu, beberapa pengguna lain menganggap ke­banyakan kursus di universiti sudah tidak relevan dengan pasaran ekonomi, menjadikan sebahagian besar pelajar lepasan SPM tidak berminat untuk me­nyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.

“Belajar sampai empat tahun di universiti, buat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dapat kerja, gaji cukup-cukup makan, hutang banyak nak kena bayar balik, patutlah ramai malas sambung belajar,” kata Alfa.

“Memang betul, buang masa belajar tinggi tapi tiada pengalaman kerja, majikan tak pandang, lebih baik belajar dari YouTube, asah kemahiran yang ada,” ujar Rozaini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN