fbpx

Covid-19: 3,083 kes, 15 kematian dicatatkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 3,083 kes semalam termasuk tiga kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,676, 518 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 4,229 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,635,737 orang.

Kata laman web itu, sebanyak 42,717 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan sejumlah negatif 1,158 kes.

“Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 773 diikuti Selangor (605), Sabah (285), Perak (248), Negeri Sembilan (240), Kedah (160), Melaka (130), Sarawak (122) dan Pulau Pinang (117).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Johor (96), Putrajaya (83), Kelantan (80), Terengganu (65), Pahang (59) selain Perlis dan Labuan masing-masing 10 kes,” kata maklumat itu tadi.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 15 kematian dilaporkan dengan tiga kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,044.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,659 setakat ini.

Sebanyak 41,042 kes dikuarantin di rumah, 35 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,578 kes di hospital, 27 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 35 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI