fbpx

Agrobank, LPP perkenal Kad Pintar Peladang-i, urus caruman takaful

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian bagi Program Kad Pintar Keluarga Peladang (PELADANG-i) antara LPP dan Agrobank sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2022 yang berlansung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, hari ini. /FOTO MUHAMAD IQBAL ROSLI

SERDANG – Agrobank dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) bagi menguruskan caruman takaful ahli peladang di seluruh negara di bawah Program Kad Pintar Keluarga Peladang (Peladang-i).

Menerusi kerjasama itu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memperuntukkan sebanyak RM5 juta kepada LPP, yang akan disalurkan secara ‘one off’ kepada Agrobank.

Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, Agrobank sebagai sebuah syarikat kewangan mempunyai kepakaran dan kapasiti bagi menguruskan peruntukan dan dana.

“Ia bertujuan untuk menjaga kesejahteraan komuniti pertanian dan agromakanan, terutama bagi ahli peladang yang memainkan peranan sebagai agensi pelaksana di bawah program ini.

“Agrobank juga amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan LPP bagi membantu ahli-ahli di seluruh Malaysia dengan menawarkan manfaat daripada kad pintar Peladang-i ini,” Katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, program tersebut mempunyai gabungan ciri-ciri tiga dalam satu menerusi kad debit Co-Brand Agrobank.

“Selain berfungsi sebagai kad identiti keahlian berkonsepkan transaksi perbankan moden, kad Peladang-i turut dilengkapi dengan manfaat perlindungan Takaful sehingga RM5,000 dengan bayaran serendah RM5 setahun,” ujarnya.

Tambahnya, Agrobank menyasarkan kira-kira 10,000 ahli baharu LPP yang akan didaftarkan di bawah program tersebut.

Terdahulu, MoU berkenaan telah ditandatangani oleh Tengku Ahmad Badli Shah dan Ketua Pengarah, Datuk Azulita Salim, sambil disaksikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI