fbpx

Rexy Manaiky berang aksi longlai Aaron-Wooi Yik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON-WOOI YIK dilihat banyak membuat kesilapan ketika menerima servis pemain lawan menyebabkan mereka tewas pada separuh akhir Sukan Komanwel Birmingham 2022.

KEKALAHAN beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada separuh akhir Sukan Komanwel Birmingham 2022 nyata membuatkan Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky tidak senang duduk.

Pada aksi kelmarin, gandi­ngan No.6 dunia itu tewas mengejut kepada beregu England, Ben Lane-Sean Vendy dalam aksi tiga set 21-18, 17-21, 4-21.

Rexy tanpa berselindung me­ngakui kekalahan itu sukar di­terima, selepas Aaron-Wooi Yik tewas 4-21 di set ketiga, meski­pun agak berpuas hati dengan aksi dalam dua set terdahulu.

“Bagi aksi hari ini (kelmarin), saya berpuas hati dengan apa mereka tampilkan pada set pertama, namun di set kedua, saya dapat lihat Wooi Yik sudah berada dalam keadaan tidak selesa.

“Bagi set ketiga, sepatutnya tidak boleh seperti itu kerana banyak buat silap ketika me­nerima servis. Saya benar-benar tidak boleh terima aksi set ketiga,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Aaron-Wooi Yik yang merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula langkah kanan pada aksi itu apabila hampir keseluruhan set pertama meletakkan gan­dingan tuan rumah dalam tekanan.

Semuanya berubah apabila Lane-Vendy di ranking ke-19 du­nia memperkemaskan permai­nan untuk melakar kebangkitan di set kedua dan ketiga bagi menyingkirkan Aaron-Wooi Yik.

Bagaimanapun, kekecewaan Aaron-Wooi Yik sedikit terubat apabila berjaya menewaskan rakan sepasukan, Chan Peng Soon-Tan Kian Meng 21-19, 11-21, 21-11 dalam aksi penentuan pingat gangsa.

“Bagi aksi penentuan gangsa, mereka bermain baik dan lebih tenang. Saya fikir permainan mereka tidak sama dibandingkan ketika tewas pada perlawanan separuh akhir,” ujar Rexy.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI