fbpx

Rentas 30 kilometer pecah tiga kedai di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Agus Salim (dua kiri) menunjukkan barangan yang dirampas daripada suspek.

SABAK BERNAM – Kelicikan seorang lelaki yang berkelana lebih 30 kilometer (km) dari Hutan Melintang, Perak sebelum melakukan pecah kedai di sekitar daerah ini sejak sebulan lalu tumpas selepas dicekup polis, baru-baru ini.

Suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan di pekarangan rumahnya di Hutan Melintang kira-kira pukul 5 petang pada 1 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, siasatan pihaknya mendapati suspek mengaku melakukan tiga kes pecah kedai di daerah ini.

“Ia melibatkan dua premis iaitu kedai telekomunikasi dan kedai cermin mata di Sabak Bernam manakala satu lagi di kedai alat telekomunikasi di Sungai Besar.

“Siasatan mendapati suspek bergiat aktif melakukan kegiatan itu sejak Julai lalu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sini, hari ini.

Jelas beliau, serbuan itu turut membawa kepada rampasan barangan curi yang dianggarkan bernilai RM20,000 di rumah suspek.

Ujarnya, antaranya adalah tiga komputer riba, tujuh telefon bimbit, kad tambah nilai dan kad kupon insurans telefon bimbit.

“Selain itu, kita merampas set pengecaj komputer riba, beg, pembesar suara dan set mikrofon.

“Semakan mendapati lelaki itu mempunyai 11 rekod jenayah dan dadah,” katanya.

Agus Salin menegaskan suspek telah direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI