fbpx
Zahari yang dilaporkan hilang semasa memandu dari Kemaman ke Johor.

Lelaki dikhuatiri hilang ketika memandu dari Kemaman ke Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang lelaki dilaporkan hilang dalam perjalanan pulang dari Kemaman, Terengganu ke rumahnya di Johor.

Menerusi perkongsian anak mangsa, Siti Nurfaezah Zahari di laman Facebooknya semalam, bapanya Zahari Zakaria tidak dapat dihubungi lebih 24 jam.

Katanya, ahli keluarganya khuatir kereta yang dipandunya terbabas sepanjang melalui jalan Kuantan-Pekan-Rompin-Mersing-Kota Tinggi-Pasir Gudang.

“Ayah saya, Zahari bin Zakaria tidak dapat dihubungi oleh pihak keluarga dan rakan-rakan lebih 24 jam.

“Pihak keluarga sudah hubungi polis dan hospital tetapi tidak menerima sebarang laporan mengenai beliau,” tulisnya dalam satu hantaran.

Mengulas lanjut, Siti Nurfaezah berkata, bapanya memandu kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru plat WC9129E.

Jelasnya, sebarang maklumat atau jika ternampak atau terdapat sebarang info mohon hubungi keluarga saya di talian 018-2217060 (Halim) dan 010-7600721 (Zul).

“Kami sekeluarga dengan rendah hati mohon semua mendoakan kesejahteraan ayah kami dan semoga kami dapat menemui ayah kami,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR