fbpx

Kadar OPR tidak bebani B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) secara beransur-ansur tidak akan memberi kesan yang ketara kepada golongan B40.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd. Shahar Abdullah berkata, ini kerana satu pertiga pinjaman oleh golongan B40 adalah pada kadar tetap iaitu kebanyakannya bagi pinjaman pembelian kenderaan dan pembiayaan peribadi.

“Kerajaan menerusi BNM menekankan pelbagai program bantuan masih tersedia untuk golongan peminjam mudah terjejas termasuk kemudahan di bawah Dana BNM untuk perusahaan kecil dan sederhana, bantuan bayaran balik pinjaman secara bersasar oleh bank serta khidmat nasihat di bawah pelbagai program Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

”BNM menekankan bahawa sebarang keputusan untuk melaraskan dasar monetari pada masa hadapan akan dilaksanakan secara terkawal dan beransur-ansur supaya tidak menjejaskan momentum pemulihan ekonomi Malaysia,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Aziz Ariffin yang ingin tahu adakah terdapat sebarang kajian lapangan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan terhadap tahap kesiapsiagaan rakyat dengan penetapan kadar OPR yang jelas akan membebankan rakyat secara langsung apabila  dinaikkan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI