fbpx

2,863 kes baharu Covid-19 semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 mencatatkan peningkatan kepada 2,863 kes dengan dua kes import semalam berbanding 2,728 kes kelmarin sekali gus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan virus tersebut meningkat kepada 4,673,438 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 4,752 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 kini mencecah 4,631,508 orang.

“Selangor terus mencatatkan jumlah kes harian tertinggi semalam dengan 900 kes diikuti Kuala Lumpur (590), Sabah (245), Perak (193), Kedah (130), Negeri Sembilan (125), Johor (116), Melaka (115), Pulau Pinang (106) dan Kelantan (98).

“Turut menyumbang kepada peningkatan kes adalah Sarawak (69), Putrajaya (68), Terengganu (58), Pahang (42), serta Perlis dan Labuan (masing-masing empat kes),” demikian perkongsian data di laman web tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak tujuh kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,032 kes dan BID 7,656 kes.

Sebanyak 41,996 kes dikuarantin di rumah, 34 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,790 kes di hospital, 17 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 38 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI