fbpx

Wanita hamil haram tunjuk ‘baby bump’ termasuk imbasan bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aisyah berkongsi mengenai hukum menunjukkan baby bump dan gambar imbasan bayi oleh wanita hamil.

PETALING JAYA – Setiap wanita pasti teruja untuk berkongsi pengalaman dan momen ketika hamil termasuklah memuat naik mengenai kehamilan mereka di media sosial.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian pendakwah selebriti, Aisyah Hijanah mendedahkan bahawa terdapat beberapa perkara yang diharamkan untuk wanita hamil berkongsi kepada masyarakat umum.

“Ada dua benda sebenarnya perempuan hamil tak boleh tunjuk. Pertama adalah baby bump. Kadang-kadang ada perempuan dah pakai baju longgar tapi sebab baby bump dia besar tetap akan nampak walaupun tidak memakai baju ketat.

“Itu tak mengapa. Tapi kalau baby bump memang nampak dan sengaja pakai ketat, itu tak boleh,” katanya menerusi satu klip video di laman sosialnya baru-baru ini.

Aisyah menjelaskan, wanita hamil juga dilarang daripada menunjukkan gambar imbasan bayi kepada orang lain.

“Gambar itu tidak boleh ditunjuk sebab zahirnya janin adalah yang tersembunyi. Bila kita tunjuk dekat orang, dia tak selari dengan maksud janin itu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI