fbpx

RichWorks taja 50 usahawan Indonesia ikuti sesi ICM di Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizan bersama usahawan Indonesia ketika sesi Bisnis Coching Bagi Wirausaha di Jakarta pada 30 Julai lalu, dengan kerjasama Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia.

PETALING JAYA – Sebanyak 50 usahawan yang layak bakal mengikuti sesi Inner Circle Meeting (ICM) yang dijadualkan berlangsung di Bali, Indonesia pada September depan.

Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd., Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, program sesi ketiga yang akan bermula pada 7 hingga 9 September itu turut dihadiri sekitar 350 usahawan jutawan Malaysia.

Menurutnya, pemilihan 50 usahawan itu akan dibuat bersama pihak Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia (KEMENPAREKRAF) dan RichWork berdasarkan potensi bisnes, jualan bulanan serta komitmen.

“Saya sangat kagum dengan tiga perkara iaitu kemahuan, komitmen dan kesungguhan para peserta meskipun memiliki pelbagai latar belakang yang berbeza.

“Ini kerana kunci kejayaan bagi seseorang adalah apabila mereka mempunyai kemahuan dan komitmen yang tinggi. Jadi RichWork berbesar hati untuk menaja 50 usahawan Indonesia yang layak bagi mengikuti sesi seterusnya di Bali pada bulan hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mingguan, Menteri Kemenparekraf, Dr. Sandiaga Uno menerusi aplikasi Zoom, hari ini.

Azizan (kiri) dan Sandiaga (kanan) pada sidang akhbar mingguan Kemenparekraf menerusi aplikasi Zoom.

Tambah Azizan, RichWorks berasa sangat teruja dengan semangat usahawan di sana yang mana mampu membawa satu kebangkitan yang luar biasa.

Sementara itu, Sandiaga berkata, pihaknya juga bertuah dan menyambut baik kerjasama dengan RichWorks.

“Saya percaya usaha ini dapat menyuntik semangat baharu dan kita di sini sangat bertuah dengan kehadiran Azizan untuk menyampaikan perkongsian ilmu bagi membantu usahawan di sini,” ujarnya.

Terdahulu, RickWorks telah mengadakan dua program di Indonesia iaitu sesi online (dalam talian) Bangkit Bisnis Dari Krisis pada 16 Julai lalu disusuli sesi Bisnis Coching Bagi Wirausaha @Jakarta pada 30 Julai lepas.

Kesemua program itu direalisasikan hasil kerjasama strategik antara RichWorks International dan RichWorks International Indonesia dengan KEMENPAREKRAF yang menaungi sekitar 30 juta usahawan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI