fbpx

Proton Iriz ‘terbang’, jatuh ke landasan kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN sebuah kereta Proton Iriz yang terbabas sebelum terjatuh ke landasan kereta api dalam kejadian di Wadi Hana, Johor Bahru, awal pagi hari ini.

JOHOR BAHRU – Berpantang maut sebelum ajal. Seorang lelaki mengalami cedera ringan setelah kereta dipandunya terbabas dan terjatuh ke landasan kereta api berhampiran kawasan Wadi Hana, di sini pada ketinggian hampir 10 meter(m).

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, mangsa berusia 28 tahun itu berjaya keluar sendiri dari kereta Proton Iriz sebelum dibantu orang awam untuk naik semula ke atas.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd. Nazaruddin Ahmad Zainuddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.32 pagi.

Katanya, setiba di tempat kejadian, mendapati sebuah kenderaan dalam keadaan terbalik berhampiran dengan landasan kereta api tersebut.

“Seramai 11 anggota dengan sebuah jentera dan van Penyelamatan dan Perawatan kecemasan (EMRS) serta unit tindakan cepat bermotosikal (RIM) diarah ke lokasi kejadian.

“Kita turun bersama pasukan perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) memberikan rawatan bantu mula (first aid) kepada mangsa sebelum membawanya naik dengan menggunakan pengusung,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd. Nazaruddin berkata, kemalangan dipercayai berpunca apabila mangsa yang dalam perjalanan dari Lebuh Raya Tebrau menghala ke pusat bandar terbabas ketika melalui lokasi kejadian.

Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak HSA untuk tindakan seterusnya. Operasi menyelamat kemudian ditamatkan pada pukul 3 pagi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI