fbpx
Idris Ahmad beramah mesra bersama Anggota Majlis Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan Yang Pertama di Kompleks Islam Putrajaya di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

Jawi siasat ajaran sesat Hadi Minnallah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mula melakukan siasatan terhadap gerakan kumpulan ajaran sesat dikenali Hadi Minallah selepas satu laporan dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung perkara itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Idris Ahmad berkata, tindakan itu sudah diambil selepas Jakim membuat laporan berhubung hal berkenaan kepada Kementerian Dalam Negeri semalam.

“Sejurus sahaja dapat maklumat termasuk alamat lengkap, pihak Jawi tidak berlengah kerana memang di bawah pihak berkuasa agama negeri

“Bagaimanapun, kami tiada maklumat mengenai kewujudan gerakan itu yang berselindung di sebalik nama yayasan dan beralamat di sebuah premis di Kuala Lumpur,” katanya selepas merasmikanMesyuarat Pertama Pemilihan Anggota Majlis Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan susulan penguatkuasaan Akta Profesion Guaman Syarie 2019 tadi.

Katanya, masyarakat juga diminta segera melaporkan kepada pihak polis jika mengesan sebarang kegiatan aneh kumpulan tertentu yang mengeksploitasi ajaran Islam.

“Pihak jabatan agama Islam di setiap negeri juga tidak akan teragak-agak bertindak demi memastikan pegangan akidah umat Islam kekal terpelihara.

“Jakim juga mengharapkan kerjasama masyarakat sekiranya mengetahui ada benda yang pelik dalam kumpulan tertentu, jangan senyap tetapi mesti berani tampil lapor segera,” katanya.

Semalam, Jakim membuat laporan kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung aktiviti Hadi Minallah yang berhimpun di Langkawi, Kedah pada Jun lalu.

Laporan turut diadukan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyekat video tular mengenai kegiatan jelik kumpulan itu dalam acara konvokesyennya. -KOSMO! ONLINE

POPULAR