fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat di Kelantan, Johor petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Kelantan dan Johor pada petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran tersebut melibatkan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai di Kelantan.

Bagi di sebelah selatan, amaran cuaca buruk hanya dikeluarkan di dua kawasan iaitu Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

“Keadaan cuaca buruk itu dijangkakan berlarutan sehingga awal malam ini,” katanya di sini hari ini.

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR