fbpx
MUHAMMAD IZZAT (kanan) dan Nur Alia memeriksa Norfazli yang koma ketika ditemui di Felda Bukit Jalor, Gemencheh baru-baru ini.

Hilang gaji kerana jaga bapa koma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN – Kasih sayang seorang pemuda terhadap bapanya tidak berbelah bahagi apabila dia sanggup mengambil cuti tanpa gaji sebagai penyelenggara syarikat pam minyak demi menjaga orang tua­nya itu yang kini koma selepas di­serang strok otak sejak 16 Jun lalu.

Muhammad Izzat Hadi Norfazli, 29, berkata, dia berbuat demikian atas permintaan bapa­nya, Norfazli Sulaiman, 54, sehari sebelum lelaki itu tidak sedarkan diri semasa mendapatkan rawatan di Hospital Jasin, Melaka.

Katanya, dia rela melepaskan wang setiap bulan untuk membantu ibunya, Salmi A. Hassan menjaga bapanya selain memastikan tiga adiknya dapat meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi.

“Sudah lebih dua minggu doktor benarkan bawa balik bapa untuk dijaga di rumah. Saya tak boleh hendak harapkan ibu seorang kerana bapa langsung tidak boleh bergerak selain memakai lampin pakai buang.

“Setiap empat jam, saya akan memantau keadaan bapa memandangkan dia kini bernafas melalui saluran yang ditebuk pada leher kerana bimbang ada kahak,” katanya ketika ditemui di Felda Bukit Jalor, Gemencheh di sini baru-baru ini.

Sementara itu, adik keduanya, Nur Alia Nadhira Norfazli, 26, berkata, pada mulanya dia berulang-alik dari Universiti Tenaga Nasional ke hospital meman­dangkan hanya mengambil dua subjek bagi tahun akhir Diploma Sains Komputer.

Menurutnya, dia memberanikan diri meminta izin daripada pensyarah bagi menjaga bapa­nya yang dikatakan mempunyai harapan tipis untuk pulih.

“Masa awal-awal jaga dahulu, memang saya menangis hari-hari. Kini kami adik-beradik makin kuat menjaga ayah bersama ibu. Buat masa ini, hanya adik keempat yang bekerja sebagai juruteknik selepas tamat pengajian di politeknik baru-baru ini.

“Walaupun kami mendapat bantuan lampin dan susu buat bapa, namun keperluan per­belanjaannya mencecah RM1,000 sebulan,” katanya.

Sehubungan itu, mereka yang berhasrat untuk membantu keluarga berkenaan boleh me­nyalurkannya ke akaun Maybank 5050-7333-0989 di atas nama Salmi. -KOSMO! ONLINE

POPULAR