fbpx

Guna lori tangki minyak sawit bawa 30,000 liter diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota KPDNHEP menunjukkan bahagian tangki sebuah lori minyak sawit membawa sebanyak 30,000 liter diesel yang ditahan di Kuala Krai semalam. FOTO IHSAN KPDNHEP

KUALA KRAI – Dua lelaki ditahan selepas dipercayai cuba untuk menyeleweng 30,000 liter diesel yang dianggarkan bernilai RM 64,500 menggunakan sebuah lori tangki minyak sawit yang diubahsuai di Jalan Kota Bharu – Gua Musang di sini semalam.

Kedua-dua lelaki berusia 41 dan 39 tahun dicekup semasa anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjalankan Operasi Bersepadu bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Tok Bali dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, semasa menjalankan risikan kira-kira pukul 7 malam, pihaknya mendapati sebuah lori tangki minyak sawit jenis Mercedes Benz dipandu dalam keadaan mencurigakan di jalan Kota Bharu-Gua Musang di sini.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati, lori tersebut membawa sebanyak 30,000 liter diesel yang disyaki akan diselewengkan selepas kedua-dua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen pemilikan terhadap barangan kawalan itu.

“Siasatan mendapati, bekalan diesel berkenaan dibeli di stesen-stesen minyak di sekitar Kelantan dan Terengganu sebelum ia disimpan di dalam tangki lori berkenaan yang telah diubahsuai.

“Mereka dipercayai menggunakan modus operandi itu untuk mengaburi mata pihak berkuasa bagi mengelakkan kegiatan tersebut dikesan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Aswadi, kesemua minyak diesel dan lori tangki bernilai RM400,000 dirampas dan kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI