fbpx

Pertumbuhan penduduk antara indikator pembinaan sekolah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi melihat pelan pembangunan sekolah baharu, SMK Bohor Jaya di Jalan Ulu Melaka, Langkawi, hari ini.

LANGKAWI – Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil kira kadar pertumbuhan penduduk dan kapasiti sekolah sedia ada sebelum membina sekolah baharu di sesuatu kawasan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pihaknya akan melihat unjuran awal pertumbuhan penduduk bagi memastikan sekolah baharu bersedia untuk beroperasi apabila penduduk bertambah.

“Kita tidak mahu nanti bila penduduk dah terlalu ramai baru nak fikir bina sekolah. Nak buat perolehan tanah lagi, nak uruskan proses tender dan sebagainya, pembinaan, jadi tempohnya panjang.

“Sebab itu kita adakan unjuran, kita lihat unjuran secara teliti. Jadi bila berlaku pertambahan penduduk, sampai satu tahap sekolah sedia ada ini tidak dapat menampung sekolah baharu sudah tersedia,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan gimik perasmian Majlis Pecah Tanah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bohor Jaya di SMK Kedawang di sini hari ini.

Kata beliau, walaupun terdapat pembangunan di sesebuah kawasan dan sekolah sedia ada masih mampu menampung pelajar bagi tempoh tertentu, pihaknya akan memfokuskan pembinaan sekolah baharu di tempat lain yang lebih memerlukan.

Menurutnya, bagi kawasan yang sudah padat seperti di Klang, Selangor pihaknya berhadapan isu perolehan tanah bagi membina sekolah yang menyebabkan usaha itu tertangguh.

“Sekiranya pembinaan ini tidak dilakukan mengikut unjuran tersebut, ibu bapa akan menghadapi kesukaran apabila terpaksa menghantar anak mereka ke sekolah yang lebih jauh,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI