fbpx
KOULIBALY

Kalidou Koulibaly harap peminat berikan masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pemain pertahanan Chelsea, Kalidou Koulibaly sedia untuk memikul tanggungjawab sebagai tonggak pertahanan The Blues menje­lang aksi sulung Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Everton di Goodison Park te­ngah malam ini.

Beban yang ditanggung pemain antarabangsa Senegal itu pasti cukup tinggi selepas dia membuat keputusan untuk mengambil alih jersi keramat No.26 yang pernah disarung legenda Chelsea, John Terry.

Koulibaly berharap semua peminat The Blues memberikannya sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan saingan EPL bagi memastikan dia dapat menampilkan aksi sama se­perti di Napoli.

“Saya berusia 31 tahun, tetapi saya yakin mampu berikan sesuatu kepada pasukan. Pihak pengurusan menaruh sepenuh kepercayaan kepada saya, jadi saya perlu buktikan pelaburan mereka berbaloi.

“Saya tidak boleh tampilkan kemampuan sebenar pada penampilan pertama kerana ia memerlukan masa. Dalam tempoh dua atau tiga bulan selepas menyesuaikan diri, saya akan berada pada pres­tasi terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, Koulibaly mendedahkan, dia menghubu­ngi Terry secara peribadi bagi meminta kebenaran untuk menyarung jersi No.26 memandangkan dia turut menggunakan jersi sama ketika bersama Napoli.

“John (Terry) mening­galkan pasukan pada 2017 dan tidak ada sesiapa menggunakan nombor tersebut, jadi saya hubungi beliau untuk minta kebenaran. Saya sangat gembira kerana beliau izinkan saya menggunakan nombor tersebut,” ujarnya. – AGENSI

POPULAR