fbpx
Azhar Idrus.

Haram makan kenduri jika orang tidak jemput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Sesiapa yang tidak dijemput ke kenduri kahwin namun tetap pergi untuk makan maka hukumnya adalah haram dan perlu dibayar sebelum meninggal dunia.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, mengikut fiqah (fiqh) hanya orang yang dijemput sahaja yang boleh makan kecuali minta izin terdahulu daripada tuan rumah.

“Ramai yang berlaku ketika ini, kalau majlis tahlil, berkhatan semua itu boleh kerana dia umum tetapi kalau kenduri kahwin itu memang tidak boleh.

“Kalau kita bawa kawan yang secara kebetulan dalam perjalanan sama juga tidak boleh untuk makan bersama jika dia tidak dijemput kecuali kita mendapat keizinan terlebih dahulu,” katanya dalam sesi ceramah di media sosial baru-baru ini.

Tambahnya lagi, ketika ini ramai dalam kalangan wanita yang ingin pulang ke rumah namun keluar melalui pintu belakang tuan rumah dan meminta lauk, hukumnya juga adalah haram.

“Jangan buat benda ini mudah, tukang gulai ingat kita sudah dapat keizinan daripada tuan rumah untuk bungkus lauk tetapi kita tidak mendapat keizinannya.

“Hukumnya juga haram seperti mencuri, kalau nak juga lauk itu kita kena minta izin dengan tuan rumah,” ujarnya.

Katanya lagi, begitu juga kita bawa anak ramai ke tempat kenduri kahwin sepatutnya minta izin dahulu dengan tuan rumah.

“Memang boleh bawa anak, tetapi janganlah sampai 11 orang, setakat dua tiga orang tidak apa. Kalau sudah tahu hukumnya hari ini jadi kita perlu hubungi tuan rumah minta halal sekiranya pernah berlaku sebelum ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR