fbpx

Anak tak sangka nasib ibu dapat perhatian MB Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sapilah (dua dari kiri) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (dua dari kanan) menyerahkan Kad OKU kepada Norizan (tengah) ketika mengunjungi wanita itu di Kluang, Johor kelmarin.

KLUANG – Kesukaran hidup yang dilalui seorang ibu tunggal di Taman Orkid di sini, selepas kaki kirinya dipotong sehingga paras lutut akibat kencing manis mendapat perhatian Menteri Besar Johor sebaik kisah wanita itu disiarkan akhbar ini.

Norazman Amir Hamzah, 46, berkata, keluarganya sa­ngat tersentuh dengan tindakan segera yang dilakukan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk membantu ibunya, Norizan Abdul, 66.

“Kami berterima kasih kepada pihak Menteri Besar yang bersedia untuk membantu keperluan melibatkan kesihatan ibu selain urusan mendapatkan kaki palsu melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

“Keprihatinan seperti ini amat menyentuh perasaan, malah ia juga membuktikan pemimpin sedia ada sekarang amat komited untuk memastikan rakyat negeri ini sentiasa terbela,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan wakil khas Menteri Besar Johor, Sapilah Hashim di kediamannya di Lorong 16, Taman Orkid dekat sini kelmarin.

Norizan menunjukkan kaki kirinya yang dipotong akibat kencing manis ketika ditemui di kediamannya di Taman Orkid, Kluang baru-baru ini.

Menurut Norazman, ibunya juga sudah menerima Kad Orang Kelainan Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kluang selain bantuan lampin pakai buang secara berkala daripada Persatuan Ve­teran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Kluang.

“Melalui kunjungan itu, ibu juga mendapat bantuan wang tunai daripada Pejabat Menteri Besar selain Kad OKU yang dike­luarkan oleh pihak JKM,” katanya.

Berita berkaitan: Kutip kerusi roda di tempat pembuangan sampah

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kluang, Md. Norhalim Md. Amin berkata, pihaknya sudah menyerahkan pelbagai bantuan seperti bakul rezeki mengandungi barang keperluan dapur, perubatan dan kebersihan diri.

Katanya, bantuan wang tunai juga sudah diberikan kepada Norizan sejak dua bulan lalu bagi membantunya menguruskan perjalanan untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan.

“Hasil pertemuan dengan keluarga berkenaan mendapati kerusi roda yang dikutip di tempat pembuangan sampah telah digunakan sebagai alat ganti kerusi roda sedia ada, dan bukan untuk kegunaan harian.

“Masyarakat di Kluang yang memerlukan bantuan boleh berhubung terus dengan Pusat ­Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Jalan Rambutan, Kluang,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! pada 3 Ogos melaporkan mengenai nasib seorang ibu tunggal apabila terpaksa menggunakan bantuan kerusi roda untuk memudahkan pergerakkan selepas kaki kirinya dipotong akibat penyakit kencing manis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI