fbpx

‘Hulk Brazil’ maut akibat serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEGATO menggunakan synthol untuk membesarkan ototnya. – bareillycollege

BRASILIA – Seorang ahli bina badan di Brazil yang membesarkan otot menggunakan minyak sintetik dipanggil synthol meninggal dunia pada usia 55 tahun, lapor laman berita RT, kelmarin.

Valdir Segato digelar ‘Hulk Brazil’ kerana menggunakan synthol selama lebih lima tahun untuk membesarkan bisepsnya dari 30 hingga 58 sentimeter (sm). 

Dia menyuntik minyak itu terus ke dalam tisu otot bisepsnya dan turut melakukannya pada dada serta otot belakangnya.

Segato dilaporkan meninggal dunia pada 27 Julai lalu iaitu pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-55.

Segato pernah memberitahu dia mendapat ilham untuk mengubah tubuhnya kerana meminati pelakon Arnold Schwarzenegger dan watak filem Marvel, The Incredible Hulk.

Minyak itu tidak memberikan kekuatan tambahan kepada penggunanya dan hanya mempunyai kesan fizikal.

Penggunaan synthol mendatangkan beberapa penyakit termasuk peningkatan risiko strok dan jangkitan serta dalam beberapa kes telah menyebabkan amputasi (tindakan memotong anggota badan secara pembedahan).

Namun Segato menyatakan bahawa dia merasakan risiko itu berbaloi dengan ganjaran yang diterimanya.

Saluran televisyen Brazil, Globo melaporkan bahawa Segato mengadu sesak nafas dan mendapat serangan jantung sejurus tiba di hospital. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI