fbpx

20 nelayan nyaris rentung bot terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot tempatan yang dinaiki 20 nelayan terbakar di di perairan Kuala Endau, Pahang malam semalam.

MERSING – Seramai 20 nelayan terselamat selepas bot yang dinaiki mereka terbakar di perairan Kuala Endau, Pahang pada malam semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, kejadian melibatkan bot tempatan itu berlaku kira-kira pukul 9.30 malam.

Nelayan yang terselamat dalam kejadian kebakaran bot di di perairan Kuala Endau, Pahang malam semalam.

“Zon Maritim Mersing telah menyalurkan maklumat kepada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru mengenai sebuah bot nelayan tempatan terbakar pada kedudukan 13.7 batu nautika timur laut Kuala Endau, Pahang.

“Kami kemudian mengatur gerak bot ronda kelas Perkasa ke lokasi kejadian dan mendapati kesemua 20 mangsa diselamatkan oleh bot nelayan tempatan yang berada berhampiran lokasi kejadian.

“20 mangsa warga Laos yang terselamat tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua mangsa dibawa ke Pos Maritim Teluk Gading untuk tindakan selanjutnya. Pemeriksaan mendapati mangsa merupakan pekerja yang sah dan mempunyai pengenalan diri.

Hasil soal siasat, mangsa memaklumkan kejadian dipercayai berpunca dari bahagian enjin sebelum merebak ke bahagian bot. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI