fbpx

Son Heung-min, Harry Kane bakal jadi pilihan Liga Fantasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE (kanan) dan Heung-min merupakan gandingan berbisa di jentera serangan Spurs dan pastinya menjadi pilihan ramai pengurus Liga Fantasi Kosmo!.

Tottenham Hotspur merupakan antara pasukan yang mampu mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2022/23 selepas membawa ma­suk beberapa muka baharu termasuk Ivan Perisic, Richarlison dan Yves Bissouma.

Ketajaman duo serangan, Harry Kane dan Son Heung-min pastinya ditagih pengurus, Antonio Conte bagi merobek gawang lawan, sekali gus akan terus menjadi pilihan dalam saingan Fantasy Premier League (FPL) musim ini.

Sudah pasti, dua pemain tersebut akan menjadi pilihan ‘wajib’ buat pengurus Liga Fantasi Kosmo! 2022/23 dalam memburu mata maksimum menjelang saingan musim baharu yang bermula hujung minggu ini.

Selain Kane dan Heung-min, Spurs juga diperkuatkan bekas penyerang Everton, Richarlison yang dijangka mampu menambah sengat pada jentera serangan skuad The Lilywhites itu.

Selain itu, dengan bantuan yang diterima daripada Dejan Kulusevski dan Bissouma di baha­gi­an tengah, Spurs tidak berdepan masalah untuk merobek pintu gol pasukan lawan pada saingan Liga Perdana nanti.

Berminat untuk menyertai Liga Fantasi Kosmo!, daftar segera di https://www.kosmo.com.my/liga-fantasi/ untuk menang hadiah mingguan RM200 atau keseluruhan RM100,000.

GELARAN
The Lilywhites

PENGURUS
Antonio Conte

PENJAGA GOL
Hugo Lloris – £5.5, Fraser Forster – £4.0, Brandon Austin – £4.0

PERTAHANAN
Eric Dier – £5.0, Ben Davies – £5.0, Sergio Reguilon – £4.5, Emerson Royale – £5.0, Davinson Sanchez – £4.5, Matt Doherty – £5.0, Cristian Romero – £5.0, Ryan Sessegnon – £4.5, Japhet Tanganga – £4.0, Joe Rodon – £4.0, Ivan Perisic – £5.5, Clement Lenglet – £5.0, Djed Spence – £4.5

TENGAH
Son Heung-min – £12.0, Pierre-Emile Hojbjerg – £5.5, Dejan Kulusevski – £8.0, Lucas Moura – £6.0, Yves Bissouma – £5.0, Rodrigo Bentancur – £5.5, Oliver Skipp – £4.5, Harry Winks – £4.5, Harvey White – £4.5, Pape Sarr – £4.5, Alfie Devine – £4.5

PENYERANG
Harry Kane – £11.5,  Richarlison – £8.5

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI