fbpx

70 peratus pengurus Liga Fantasi pilih Gabriel Jesus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GABRIEL Jesus dipilih oleh pengurus Liga Fantasi dengan aksi minggu pertama mencecah 70 peratus

PASUKAN Arsenal telah menjadi antara kelab yang berbelanja mewah pada jendela perpindahan kali ini selepas melaburkan hampir £150 juta (RM819 juta) untuk memantapkan pasukan bagi memberi saingan pada kempen Liga Perdana Inggeris (EPL).

Skuad kendalian Mikel Arteta itu telah menandatangani Gabriel Jesus daripada kelab Manchester City, Fabio Vieira (Porto), Oleksandr Zinchenko (Manchester City), Matt Turner (New England) dan Marquinhos (Sao Paulo).

Jika pengurus Liga Fantasi Kosmo! yang bermain pada Fantasy Premier League (FPL) mahu memilih pemain Arsenal, ramai pemain yang boleh dijadikan sandaran untuk menyumbangkan mata tertinggi.

Menurut laporan, lebih 70 peratus pemain FPL seluruh dunia minggu ini telah memilih Jesus untuk mengemudi jentera serangan pasukan idaman ma­sing-masing berdasarkan reputasi konsisten yang dipamerkan pada kempen pramusim lepas.

Selain Jesus, ada beberapa lagi pemain seperti Bukayo Saka, Martin Odegaard dan Aaron Ramsdale yang dijangka cemerlang pada kempen musim baharu ini sekali gus membantu The Gunners memburu tiket kelayakan ke kancah Liga Juara-Juara Eropah tahun depan.

Pendaftaran Liga Fantasi Kosmo! 2022/2023 boleh dilakukan dengan klik pada pautan ini – https://www.kosmo.com.my/liga-fantasi/

 

GELARAN : The Gunners

PENGURUS
Mikel Arteta

PENJAGA GOL (Harga Fantasi)
Aaron Ramsdale £5.0, Bernd Leno £4.5, Matt Turner £4.0

PERTAHANAN
Gabriel £5.0, Ben White £4.5, Kieran Tierney £5.0, Takehiro Tomiyasu £4.5, Oleksandr Zinchenko £5.0, Cedric Soares £4.5, Rob Holding £4.5, Pablo Mari £4.5, William Saliba £4.5

TENGAH
Bukayo Saka £8.0, Martin Odegaard £6.5, Emile Smith Rowe £6.0, Gabriel Martinelli £6.0, Thomas Partey £5.0, Granit Xhaka £5.0, Nicholas Pepe £5.5, Sambi Lokonga £4.5, Mohamed Elneny £4.5, Ainsley Maitland-Niles £5.0, Reiss Nelson £5.0, Lucas Torreira £4.5, Fabio Vieira £6.0, Marquinhos £5.0

PENYERANG
Gabriel Jesus £8.0, Eddie Nketiah £7.0

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI