fbpx
ADIRA berasa hidupnya sudah cukup dengan rezeki enpat orang anak termasuk yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Sudah tiba masa saya ‘tutup kilang’ – Adira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Penyanyi Adira bersedia untuk tutup kilang selepas melahirkan cahaya mata keempat dalam masa terdekat.

Sedang sarat mengandung dan dijadualkan bersalin menjelang Oktober depan, Adira jugta mengakui sudah berasakan penat untuk bersalin dan hamil lagi selepas ini. Baginya, cukup dia bersyukur dengan rezeki tiga orang anak yang sedang membesar dan anak keempat yang bakal lahir nanti.

“Saya tak mahu hamil lagi, cukuplah empat anak. Suami pun tak kisah dengan keputusan saya.

“Paling utama, tanggungjawab dalam membesarkan anak-anak sebaik mungkin.

“Bila sudah ada empat anak bermakna makin bertambah tanggungjawab. Apa pun, saya berharap semoga urusan melahirkan anak keempat nanti dipermudahkan,” katanya.

Tambah pelantun lagu Ku Ada Kamu itu lagi, sebelum ini dia bukan sengaja mahu mengelak daripada memaklumkan kehamilan keempatnya.

“Sebelum ini, saya bukannya nak mengelak mahu mengaku hamil lagi. Bagi yang tahu, tahulah.

“Tetapi, sekarang barulah saya bersedia nak berkongsi. Doakan saya dan bayi yang bakal dilahirkan nanti,” ujarnya lagi.

Terdahulu, pendedahan mengenai kehamilan keempatnya meleraikan teka-teki yang bertebaran dalam kalangan netizen selepas menonton video yang dimuat naik Adira dalam Instagram yang menampakkan ‘baby bump’.

Sebelum ini, penyanyi kelahiran Sabah itu bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red di Songkhla, Thailand 2015 lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3. – KOSMO! ONLINE

POPULAR