fbpx

Pertahanan The Blues bakal keutamaan pengurus Liga Fantasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAMES beraksi cemerlang musim lalu sebagai pemain pertahanan dan juga melakukan bantuan gol.

BARISAN pertahanan Chelsea merupakan antara penyumbang terbesar buat pengurus-pengurus Fantasy Premier League (FPL) musim lalu, terutamanya menerusi bek kanan, Reece James yang menjaringkan lima gol dan sembilan bantuan gol.

Kehadiran bintang Napoli, Kalidou Koulibaly yang dibawa ma­suk dengan yuran perpindahan £33 juta (RM180.30 juta) dijangka memantapkan benteng pertahanan The Blues dengan gandi­ngan bersama Thiago Silva.

Jika pada prestasi terbaik, Chelsea mampu mengharungi aksi tanpa melepaskan gol dibantu dengan kecekapan penjaga gol, Edouard Mendy yang tidak membenarkan gawangnya dibolosi dalam 14 perlawanan musim lalu.

Selain barisan pertahanan, Chelsea juga menawarkan pilihan terbaik di bahagian serangan apabila memiliki pemain sayap terbaik, Raheem Sterling.

Meskipun jentera serangan banyak dipersoal musim lalu, namun pengurusnya, Thomas Tuchel pasti memiliki ramuan terbaik bagi mengharungi kempen 2022/23 nanti.

Mereka yang berminat untuk mendaftar Liga Fantasi Kosmo! 2022/2023 boleh klik pada pautan ini – https://www.kosmo.com.my/liga-fantasi/

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI