fbpx

PDRM, UPSI terbit buku Kesedaran Jenayah Komersial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Mior menandatangani replika pelancaran buku Kesedaran Kes Komersial sambil diperhatikan Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff (dua dari kanan) di Ipoh semalam.

IPOH – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerbitkan sebuah buku Kesedaran Kes Jenayah Komersial hasil tulisan Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid di sini semalam.

Mior Faridalathrash berkata, statistik PDRM merekodkan sebanyak 71,833 kes jenayah komersial membabitkan kerugian lebih RM5.2 bilion sepanjang tahun 2020 sehingga bulan Mei lalu yang mana 48,850 kes membabitkan jenayah dalam talian.

“Hal ini dipercayai kerana penggunaan internet secara meluas sehingga menyebabkan jenayah penipuan dalam talian atau scam ini meningkat.

“Kerugian yang dialami bukan sahaja memberi impak negatif kepada ekonomi negara, malah mencetus kepada masalah sosial secara amnya,” katanya ketika majlis pelancaran awal buku berkenaan di sini semalam.

Sementara itu, Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, buku terbitan Pejabat Karang-Mengarang UPSI itu dijangka siap dicetak sepenuhnya sekitar Oktober tahun ini.

“Buku ini bakal menyuntik kesedaran masyarakat akan kepentingan memahami modus operandi jenayah komersial yang menjerat masyarakat.

“Pelbagai permasalahan dan isu jenayah dalam talian dibincangkan dalam buku ini seperti E-Dagang, pinjaman dan pelaburan tidak wujud, macau scam, love scam, parcel scam, dan penyamaran menerusi talian telefon serta aplikasi WhatsApp,” jelasnya.

Tambahnya, selain menjadi wadah penerbitan berinformasi buat negeri Perak, buku tersebut juga dapat dijadikan panduan kepada penguat kuasa menjalankan tugas dalam isu berkaitan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI