fbpx

Lelaki harus punya mimpi besar – Luna Maya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUNA MAYA

SELEBRITI cantik, Luna Maya diketahui memiliki jutaan peminat di Indonesia. Biarpun pernah hampir menamatkan riwayat hidup lantaran video aksi asmaranya bersama kekasih iaitu penyanyi, Ariel Noah tersebar luas sekitar 10 tahun lalu, wanita berusia 38 tahun itu perlahan-lahan bangkit sehingga kembali disayangi ramai.

Ketika usia yang semakin matang, Luna tidak boleh lari daripada menjadi perhatian khalayak yang sentiasa menduga status hatinya, sama ada sudah temui pengganti selepas putus cinta dengan Reino Barrack.

Menerusi satu temu bual bersama pengacara Adiezty Fersa menerusi YouTube, Luna mengakui masih tidak tiada teman lelaki kerana belum menemui calon yang selayaknya.

“Saya ada kriteria sendiri yang belum ditemui. Saya wanita yang bekerja keras untuk capai segala cita-cita. Jadi saya mencari seorang lelaki lebih keras usahanya berbanding saya.

“Saya tertarik pada lelaki mempunyai matlamat dan mimpi yang lebih besar dalam hidupnya. Sebab saya juga begitu,” ujar Luna.

Pelakon yang pernah membintangi filem 30 Hari Mencari Cinta itu turut mengakui dirinya seorang yang suka mengawal keadaan dan mahukan seorang lelaki yang boleh mengikuti kemahuannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI